Pernahkah kita merenung dan memikirkan apa erti persahabatan. Sahabat, kawan, rakan atau teman semuanya
memberi maksud yang sama. Alangkah
beruntungnya kita andainya mempunyai seorang teman yang memahami kita. Sentiasa
berdampingan dengan kita di waktu susah dan senang. Seorang teman yang hanya
mengharapkan kejujuran dan keikhlasan sebagai seorang sahabat. Dan sekiranya
kita berkawan di dalam kelompok yang ramai, tiada bias atau pilih kasih yang
berlaku, seem impossible right?
Pada masa yang sama, apa kah kita mampu untuk menjadi teman sejati kepada mereka. Adakah pernah kita membuat mereka rasa kecewa, dimanakah kita di saat mereka memerlukan kehadiran kita, pernahkah kita meluangkan masa kita untuk mendengar luahan dan cerita mereka. Kadang-kadang kita asyik bercerita tentang diri kita hingga terlupa bahawa teman kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Semuanya berbalik dari diri kita sendiri.
Apa yang kita lalui demi teman kadang-kadang amat memenatkan dan
menyakitkan. Tetapi itulah yang menjadikan persahabatan mempunyai nilai yang
indah. Persahabatan sering dihiasi
dengan cubaan dan ujian. Tetapi persahabatan yang sejati mampu untuk menangani
cubaan itu malah berkembang mekar bersama dengannya.





dengan sahabat .. kita ketahui di mana kelemahan dalam perhubungan .. =)
ReplyDeletedi sini lah memori tercipta,, ukhuwah terbina dan melalui persahabatan kenangan tercoret,, selain keluarga,, sahabat tempat meluah rasa,, berkongsi cerita.. keep it up kimah.. good entry..:)
ReplyDelete