Pages

Thursday, 12 September 2013

BERKONGSI ILMU

Assalamualaikum semua =)

Dah lama tak jalankan aktiviti berblogging ni, rasa janggal sikit. Huhu. Actually zaman sekolah dulu pernah create 2 blog sekali (hamik kau) dan semuanya punah sebab hal – hal remaja yang tak masuk akal, haha. Let bygones be bygones, right? Semua tu dunia je, hmm. Hidup mestilah saling memaafkan barulah diberkati dan bahagia. Okay stop talking about that, jom kita mulakan harini dengan sesuatu yang baik dan bermanfaat.

Daripada Zaid bin Thabit r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya."
(Riwayat Abu Daud dan at-Tarmidzi)

Faham tak apa yang dimaksudkan dengan hadis kat atas?

Hadis ni menyebut tentang kepentingan ilmu, sebab tu masa zaman rasulullah dulu ramai para sahabat yang berebut – rebut nak sebarkan ilmu. Takda apa yang merugikan kalau kita berkongsi ilmu, malah banyak manfaat dan berkat yang Allah turunkan balik untuk kita. Jika kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan lagi urusan kita. 

Berbeza dengan zaman sekarang yang aku pernah rasa tak kiralah masa zaman sekolah, zaman matrik dan  bila – bila pun, still ada manusia yang bersifat dengki dan kedekut ilmu. Ada je alasan yang menyekat diorang untuk kongsi sesuatu ilmu. Tak ada masa lah, tak fahamlah and so on. Sedarlah yang ilmu tu datangnya daripada Allah, dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali.

           
Banyak cabang dan jalan untuk sebarkan ilmu ni. Macam yang aku buat sekarang ni pun salah satu dari caranya. Berblogging. Zaman sekarang semua maklumat di hujung jari. Setiap apa yang kita update kita post pasti kekal selamanya di alam maya. Baik yang di update, baiklah balasannya (pahala). Buruk yang di post, buruk jugaklah balasannya (dosa). 

Bayangkanlah kalau kita mencarut kutuk – kutuk kawan kita or someone else kat alam maya, benda tu akan jadi kekal untuk selamanya. Makin banyak tersebar dan share maklumat, makin banyak fitnah yang akan terjadi dan banyak jugak dosa yang kita dapat. Nauzubillah. Gentle reminder for myself too, sebab selalu jugak update bukan – bukan kat twitter tu, lepas geram lah apa –apa lah. hmm.


Untuk makluman korang la kan, masa kita mencapai tahap kesedaran yang betul - betul memuaskan, setiap perkara yang tertulis kat dalam otak kita akan berubah sepenuhnya menjadi naskhah hidup atau lebih kita faham sebagai diari hidup. Hinggalah satu ketika kita melalui suatu pengalaman yang baru, secara automatik sel – sel ingatan di akal kita mencari part naskah yang sesuai dan mengambil keputusan berdasarkan naskah yang telah disimpan. Dan last sekali, naskah perlulah di zahirkan seperti dengan berblogging agar tujuan hidup menjadi lebih jelas. Kalau takda naskah ni, perjalanan hidup kita akan jadi tidak terurus dan kelam kabut. Begitu jugak dengan kehidupan, naskah yang ada perlulah di susun di atur dan dirancang elok-elok. Pastikan setiap tujuan, kepentingan dan harapan disunting dan dipublishkan dalam kehidupan seharian dengan baik agar semua dapat manfaat yang sempurna. 

So gunalah medium berbloging ni sebagai tempat untuk menyebarkan ilmu dan maklumat yang bermanfaat bukanlah perkara yang melalaikan dan merosakkan. Blog jugak boleh jadi tempat untuk kita luahkan bakat yang terpendam macam berpuisi and tulis novel. Boleh jugak dapat income sampingan sikit kan.  

Hmm. Setakat ni je kot untuk harini. Kita sambung di lain hari dengan perkongsian yang lain pulak okay. Aku harap akan datang blog ni akan diisi dengan sesuatu yang lebih bermanfaat dan berguna untuk kita semua, heheh.

Selamat beristiqamah =)
                                                  
p/s: Kalau ada salah, tolong tegurkan 

2 comments:

  1. Subahanallah..pentingnya ilmu kan..kalau xde ilmu takut kalau kita tergolong org yg jahil plak..btw, pkongsian yg menarik...sekurang2nya kita tau bahawa berk0ngsi ilmu adalah satu cara untuk kita manfaatkan ilmu itu..^_^

    ReplyDelete
  2. ~Islam menjadikan ilmu pengetahuan penggerak utama mencapai maksud mengubah kehidupan ke arah lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap yg paling tinggi kerana tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada matlamat sebenar, iaitu mencari keredaan Allah....

    ReplyDelete