Pages

Thursday, 26 September 2013

REDHA ALLAH

Hidup itu tidak mudah, hidup itu penuh dengan perjuangan, hidup itu selalu berhadapan dengan masalah jika kita merenungi lebih dalam apa itu erti hidup sebenarnya, mungkin kita akan jauh lebih bijak dan dewasa dalam memandang hidup. Segala apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini hanyalah bersandarkan kepada keredaan Allah Taala.

sumber pic : google
Empat perkara yang tidak dapat diraih kecuali hanya dengan keredhaan Allah s.w.t:

Banyak bersikap diam
Jika tidak dapat berkata-kata yang baik, lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Merendahkan hati (tawadhu’)
Sesungguhnya manusia amat memerlukan kepada Penciptanya, pada setiap detik dan saat di dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan tidak ada masa atau ketika yang manusia tidak berhajat kepada Allah. Kita pohon agar Allah s.w.t menjadikan kita makhluk yang paling berhajat kepadaNYa dan paling memerlukan kepadaNya daripada yang selainNya.

Banyak berzikir kepada Allah
Berzikir ialah satu amalan yang disyariatkan dan sangat dituntut dalam Islam. Ia boleh dilakukan dengan hati atau lidah atau yang sebaik-baiknya adalah dengan kedua-duanya. Zikir merupakan tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan jiwa.

Kesederhanaan dalam segala hal.

Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin. Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara. Tidak kira dalam aktiviti – aktiviti seharian, makan, belajar dan lain – lain lagi.

2 comments:

  1. sesungguhnya Allah meyukai orang yg bersederhana ,,, semOga kita sentiasa di bawah lindungan rahmatNya ... lg satu Redha Allah terletak pada redah kedua Ibu Bapa ... MUrka Allah juga t'letak pada kedua Ibu Bapa .. =')

    ReplyDelete
  2. Masuk syurga itu bukan kiranya berapa banyak kita berbuat baik.
    tetapi ia nya adalah dengan redha Allah swt

    Buat baik depan orang untuk menunjuk-nunjuk terang terangan tanpa redha Allah,
    belum tentu syurga menanti untuk kita :)

    ReplyDelete