Ucapan basmalah merupakan ucapan
yang sering kita ungkapkan di hari – harian kita. Tak kiralah di waktu lapang,
sibuk, ketika solat, dalam permainan dan sebagainya. Ucapan ini berasal
daripada ayat yang berbunyi Bismi Allah ar – Rahman ar – Rahim yang membawa erti
dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang
Sumber: Ensiklopedia Islam
![]() |
| sumber pic : google |
Basmalah merupakan satu daripada
tiga bahagian al –Quran. Dua bahagian yang lain ialah surah al – Fatihah dan
isi al – Quran itu sendiri iaitu berjumlah 113 surah, daripada surah al – Baqarah sehingga an – Nas.
Sebenarnya terdapat banyak
kelebihan-kelebihan yang terdapat pada ungkapan bismillah ini dan mungkin ramai
umat Islam mengetahuinya dan mungkin ada juga yang tidak mengetahuinya. Oleh
itu, seluruh umat Islam perlulah ungkapkan ungkapan bismillah dalam apa jua
yang dilakukan.
Ayat Bismillah mempunyai pelbagai
kelebihan dan keutaman tersendiri seperti yang disebutkan dalam hadis ini:
“Bahawa
sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan
terputus dari rahmat Allah s.w.t.”
Setiap pekerjaan yang baik sunat
dimulakan dengan basmalah. Allah SWT
telah berfirman, apabila hamba – Ku memulai pekerjaannya dengan menyebut nama –
Ku untuk menyempurnakan seluruh pekerjaannya serta Ku berkati seluruh
keadaannya.
Dalam satu hadis lain juga
dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Tiada
seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan
malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku
amalannya 400 kebaikan.”
Antara kelebihan basmalah yang
dapat dikongsikan melalui pengalaman sendiri kat sini ialah membaca bismillah
sebanyak 21 kali sebelum tidur. Ia dapat mengelakkan gangguan syaitan, kecurian
dan bala. Semasa kat asrama SMKAS dulu, perkara – perkara macam ni banyak
diterapkan pada pelajar – pelajar. Kebanyakannya
diturunkan oleh senior – senior yang dah lama dan ustaz ustazah, kerana mereka
lebih tahu dan berpengalaman dalam hidup berasrama. Bagi pelajar yang tidak
kuat semangat dan sering diganggu digalakkan untuk mengamalkan amalan ini bagi
menguatkan lagi benteng pertahanan diri dari segi dalaman dan rohani mereka. Kecurian
banyak juga berlaku di dalam asrama ni, bagi kuatkan lagi pendinding barangan
berharga daripada dicuri, amalkanlah membaca basmalah. Namun, semua ini atas
ketentuan Allah Taala yang telah menentukan setiap kejadian yang berlaku. Kita sebagai
umat hanya perlu berusaha untuk mencari ikhtiar selagi termampu kudrat diri.

Akak setuju dengan kalimah bismillah dapat memberi perlindungan dari gangguan asing . .selain itu ianya dapat membantu mengurangkan kesakitan. .kerna akk pernah kejang kaki ketika tidur dan hanya mampu baca bismilah. .perlahan lahan kesakitan beransur pulih. .
ReplyDeletebasmallah adalh perkataan yg mulia dan dgn ayt ini juga boleh meringnkan rasa gugup d hati .. =)
ReplyDelete