Pages

Thursday 26 September 2013

REDHA ALLAH

Hidup itu tidak mudah, hidup itu penuh dengan perjuangan, hidup itu selalu berhadapan dengan masalah jika kita merenungi lebih dalam apa itu erti hidup sebenarnya, mungkin kita akan jauh lebih bijak dan dewasa dalam memandang hidup. Segala apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini hanyalah bersandarkan kepada keredaan Allah Taala.

sumber pic : google
Empat perkara yang tidak dapat diraih kecuali hanya dengan keredhaan Allah s.w.t:

Banyak bersikap diam
Jika tidak dapat berkata-kata yang baik, lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Merendahkan hati (tawadhu’)
Sesungguhnya manusia amat memerlukan kepada Penciptanya, pada setiap detik dan saat di dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan tidak ada masa atau ketika yang manusia tidak berhajat kepada Allah. Kita pohon agar Allah s.w.t menjadikan kita makhluk yang paling berhajat kepadaNYa dan paling memerlukan kepadaNya daripada yang selainNya.

Banyak berzikir kepada Allah
Berzikir ialah satu amalan yang disyariatkan dan sangat dituntut dalam Islam. Ia boleh dilakukan dengan hati atau lidah atau yang sebaik-baiknya adalah dengan kedua-duanya. Zikir merupakan tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan jiwa.

Kesederhanaan dalam segala hal.

Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin. Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara. Tidak kira dalam aktiviti – aktiviti seharian, makan, belajar dan lain – lain lagi.

ERTI PERSAHABATAN


Pernahkah kita merenung dan memikirkan apa erti persahabatan.  Sahabat, kawan, rakan atau teman semuanya memberi maksud yang sama.  Alangkah beruntungnya kita andainya mempunyai seorang teman yang memahami kita. Sentiasa berdampingan dengan kita di waktu susah dan senang. Seorang teman yang hanya mengharapkan kejujuran dan keikhlasan sebagai seorang sahabat. Dan sekiranya kita berkawan di dalam kelompok yang ramai, tiada bias atau pilih kasih yang berlaku, seem impossible right?


Seorang teman sejati adalah teman yang tidak pernah membuat kita rasa kecewa, sentiasa berada disisi di saat kita memerlukan, sentiasa bersedia untuk  mendengar dan memberi jalan penyelesaian untuk kita. membantu dalam kesusahan dan tidak akan pernah berdalih.




Pada masa yang sama, apa kah kita mampu untuk menjadi teman sejati kepada mereka.  Adakah pernah kita membuat mereka rasa kecewa, dimanakah kita di saat mereka memerlukan kehadiran kita, pernahkah kita meluangkan masa kita untuk mendengar luahan dan cerita mereka.  Kadang-kadang kita asyik bercerita tentang diri kita hingga terlupa bahawa teman kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Semuanya berbalik dari diri kita sendiri.



Apa yang kita lalui demi teman kadang-kadang amat memenatkan dan menyakitkan. Tetapi itulah yang menjadikan persahabatan mempunyai nilai yang indah.  Persahabatan sering dihiasi dengan cubaan dan ujian. Tetapi persahabatan yang sejati mampu untuk menangani cubaan itu malah berkembang mekar bersama dengannya.

Monday 23 September 2013

RAHSIA AZAN






‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!, Ashadu an la ilaha illalah, Ashadu an la ilaha ilallah!, Ashadu anna Muhammadar Rasulullah, Ashadu anna Muhammadar Rasulullah,  Hayya'ala-s solah, Hayya'ala-s-solah!,Hayya' alal-falah!, Hayya' ala falah!, Allahu Akhbar, Allahu akhbar!, La ilahaillaallah!’

sumber pic: google
Dengarlah azan itu sambil pejamkan mata dan kunci rapat mulut kita supaya tidak ada satu perkataan yang keluar. Rasakan apa kesannya. Bukankah seruan suci itu terasa seperti terus menikam ke jantung. Azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah.

Antaranya kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Dia seorang diri dihanyutkan ombak besar. Ketika itu dia teringat pesanan ibunya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Selepas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah bandar Aceh.

sumber pic: google
Bila menyentuh soal azan kebanyakan orang hanya tahu dua perkara iaitu azan adalah seruan penanda masuk waktu solat dan untuk bayi baru lahir. Seorang bayi yang baru dilahirkan diazankan untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah. Tujuannya supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah.

Azan yang dilaungkan oleh muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah sedangkan gelombang dunia tinggi. Jadi azan menstabilkan balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni. Andainya suatu masa nanti tidak ada lagi azan dilaungkan maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam macam akan berlaku.

Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang dikelilingi pokok, kita akan merasa tenang. Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang stress.

Thursday 19 September 2013

TIPS HADIR TEMUDUGA

Temuduga memang satu perkara dan situasi yang paling menakutkan tak kira bagi pelajar sekolah, universiti, dan juga mereka yang di alam pekerjaan. Tahu tak? 80 peratus daripada pencari kerja gagal semasa temuduga dijalankan. Gagal disini bukanlah disebabkan diorang tak layak, tetapi gagal meyakinkan penemu duga.

sumber pic: google
Kat sini nak kongsikan sedikit pengalaman dalam temuduga. Temuduga ini takda kaitan dengan mendapatkan pekerjaan, tetapi lebih kepada fresh student yang baru habis SPM dan juga Matrikulasi yang ingin menyambung pelajaran mereka. Walaupun tiada rezeki , tapi adalah sedikit perkongsian. Hehehe. Ada dua jenis temuduga yang pernah rasa sebelum ni, keduanya adalah selepas habis matrik. Temuduga first ialah untuk SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) and kedua ialah untuk sambung dalam bidang perguruan (UPSI). Tapi aku akan lebih beratkan kepada interview perguruan sebab tu yang paling terkesan dalam hidup aku.

Kebanyakan jenis temuduga mempunyai basic atau asas yang sama iaitu mempunyai penemuduga dan yang ditemuduga.

Sebelum temuduga:-

Berpakaian kemas


Pakai pakaian yang bersesuaian dengan jenis temuduga. Pastikan baju tak berkedut dan kemas terutama bagi yang nak interview jadi cikgu. Warna pakaian pun memainkan peranan yang penting. First impression dari kekemasan berpakaian tu sangat lah penting untuk menjadi contoh kepada anak – anak didik kita pada masa akan datang, kan? Atas nasihat daripada kakak aku masa tu, eloklah pakai blazer untuk tunjukkan karisma dan kebolehan diri sendiri. Tapi kebiasaannya, blazer hanya digunakan bagi mereka yang memohon pekerjaan yang berjawatan tingg

Jangan pakai wangian yang terlalu kuat


Wangian yang kuat dikhuatiri akan mengganggu konsentrasi penemuduga dan menghilangkan focus mereka. Kebiasaannya bilik untuk temuduga ni kecil saja. Kalau tak nak pakai wangi – wangian, cukuplah jika badan korang tak berbau.

Dokumen penting

belek sijil korang, dan adakah  relevan dengan kursus yang dipohon. Dinasihatkan supaya korang memohon kursus perguruan yang berkaitan dengan sijil yang korang ada. Contohnya, korang dalam bidang Perakaunan, tapi memohon kursus dalam bidang pendidikan jasmani. Sangat tak bersesuaian! Ramai calon gagal dalam temuduga disebabkan pemilihan kursus yang tidak sesuai ni. Jangan lupa bawa sijil yang lengkap semasa sesi temuduga nanti.

Sesi temuduga:-

Dalam sesi temuduga individu ini, calon akan dinilai secara individu. Calon akan dipanggil seorang demi seorang ke dalam bilik temuduga. Korang akan berhadapan dengan 2 atau lebih calon penemuduga yang akan menggasak dengan soalan-soalan killer. Lebih killer dari add math.
soalan paling famous, paling mudah, tapi paling susah nak dijawab..

“ Mengapa Anda Ingin Menjadi Guru?”

Ramai calon gagal dalam sesi ini kerana gagal memberikan jawapan yang sepatutnya. Jawapan sepatutnya untuk menjadi guru adalah dengan menunjukkan yang korang benar-benar meminati bidang perguruan, dan bukannya kerana terpaksa (susah cari kerja lain ataupun nak kerja mudah). Tunjukkan kepada penemuduga tentang effort korang 100% ingin menjadi guru! Minat and kesungguhan  untuk menjadi guru dapat dinilai oleh panel penemuduga dengan hanya tengok mimic muka korang, cara bercakap, cara memberikan pandangan, gerak geri tubuh dan sebagainya. Jawapan untuk soalan ini bergantung kepada diri sendiri. Tak perlu menghafal mana-mana jawapan pun. Luahkan suara dalaman dan keikhlasan daripada hati. Kenapa ingin menjadi guru! Insyallah.

Bagi yang bertuah, korang akan disuruh mengajar di hadapan untuk melihat sejauh mana kebolehan korang dalam mengajar. Masa aku dulu tak bertuah, so tak berpeluang nak tunjuk skill mengajar. Kemahiran berbahasa inggeris pun akan ditemuduga, dan cuba dengan yakin walaupun bahasa inggeris kita salah. Keyakinan itu yang penting sebenarnya. Siapkan diri korang juga dengan pengetahuan am tentang Negara Malaysia dan bidang perguruan. Masa aku dulu, ayah aku sanggup karangkan esei dalam dua helai kertas A4 sebagai panduan untuk aku interview. Banyakkan bertanya pada mreka yang lebih berpengalaman. Malu bertanya sesat jalan, kan?

Selepas temuduga:-

Berserah dan bertawakal. Jangan terlalu yakin yang korang akan berjaya dalam temuduga ni walaupn keyakinan tu penting. Berserah seadanya dan yakin yang korang dah lakukan yang terbaik dan sewajarnya. Janganlah menyesal untuk mencuba lagi kalau gagal. Rezeki yang Allah bagi untuk umatnya adalah berbeza, dari segi masa dan kuantitinya juga. Gagal sekarang tak bermakna gagal selamanya. Usaha dah dilakukan, jadi langkah terakhir adalah berdoa dan bertawakal.

Selamat mencuba J


DI SEBALIK HURUF BASMALAH

Ucapan basmalah merupakan ucapan yang sering kita ungkapkan di hari – harian kita. Tak kiralah di waktu lapang, sibuk, ketika solat, dalam permainan dan sebagainya. Ucapan ini berasal daripada ayat yang berbunyi Bismi Allah ar – Rahman ar – Rahim yang membawa erti dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang
Sumber: Ensiklopedia Islam

sumber pic : google
Basmalah merupakan satu daripada tiga bahagian al –Quran. Dua bahagian yang lain ialah surah al – Fatihah dan isi al – Quran itu sendiri iaitu berjumlah 113 surah, daripada surah al –  Baqarah sehingga an – Nas.

Sebenarnya terdapat banyak kelebihan-kelebihan yang terdapat pada ungkapan bismillah ini dan mungkin ramai umat Islam mengetahuinya dan mungkin ada juga yang tidak mengetahuinya. Oleh itu, seluruh umat Islam perlulah ungkapkan ungkapan bismillah dalam apa jua yang dilakukan.

Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri seperti yang disebutkan dalam hadis ini:

“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”

Setiap pekerjaan yang baik sunat dimulakan dengan basmalah.  Allah SWT telah berfirman, apabila hamba – Ku memulai pekerjaannya dengan menyebut nama – Ku untuk menyempurnakan seluruh pekerjaannya serta Ku berkati seluruh keadaannya.   

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

Antara kelebihan basmalah yang dapat dikongsikan melalui pengalaman sendiri kat sini ialah membaca bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur. Ia dapat mengelakkan gangguan syaitan, kecurian dan bala. Semasa kat asrama SMKAS dulu, perkara – perkara macam ni banyak diterapkan pada pelajar – pelajar.  Kebanyakannya diturunkan oleh senior – senior yang dah lama dan ustaz ustazah, kerana mereka lebih tahu dan berpengalaman dalam hidup berasrama. Bagi pelajar yang tidak kuat semangat dan sering diganggu digalakkan untuk mengamalkan amalan ini bagi menguatkan lagi benteng pertahanan diri dari segi dalaman dan rohani mereka. Kecurian banyak juga berlaku di dalam asrama ni, bagi kuatkan lagi pendinding barangan berharga daripada dicuri, amalkanlah membaca basmalah. Namun, semua ini atas ketentuan Allah Taala yang telah menentukan setiap kejadian yang berlaku. Kita sebagai umat hanya perlu berusaha untuk mencari ikhtiar selagi termampu kudrat diri.


Selamat beramal dan assalamualaikum :-)

Thursday 12 September 2013

BERKONGSI ILMU

Assalamualaikum semua =)

Dah lama tak jalankan aktiviti berblogging ni, rasa janggal sikit. Huhu. Actually zaman sekolah dulu pernah create 2 blog sekali (hamik kau) dan semuanya punah sebab hal – hal remaja yang tak masuk akal, haha. Let bygones be bygones, right? Semua tu dunia je, hmm. Hidup mestilah saling memaafkan barulah diberkati dan bahagia. Okay stop talking about that, jom kita mulakan harini dengan sesuatu yang baik dan bermanfaat.

Daripada Zaid bin Thabit r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya."
(Riwayat Abu Daud dan at-Tarmidzi)

Faham tak apa yang dimaksudkan dengan hadis kat atas?

Hadis ni menyebut tentang kepentingan ilmu, sebab tu masa zaman rasulullah dulu ramai para sahabat yang berebut – rebut nak sebarkan ilmu. Takda apa yang merugikan kalau kita berkongsi ilmu, malah banyak manfaat dan berkat yang Allah turunkan balik untuk kita. Jika kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan lagi urusan kita. 

Berbeza dengan zaman sekarang yang aku pernah rasa tak kiralah masa zaman sekolah, zaman matrik dan  bila – bila pun, still ada manusia yang bersifat dengki dan kedekut ilmu. Ada je alasan yang menyekat diorang untuk kongsi sesuatu ilmu. Tak ada masa lah, tak fahamlah and so on. Sedarlah yang ilmu tu datangnya daripada Allah, dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali.

           
Banyak cabang dan jalan untuk sebarkan ilmu ni. Macam yang aku buat sekarang ni pun salah satu dari caranya. Berblogging. Zaman sekarang semua maklumat di hujung jari. Setiap apa yang kita update kita post pasti kekal selamanya di alam maya. Baik yang di update, baiklah balasannya (pahala). Buruk yang di post, buruk jugaklah balasannya (dosa). 

Bayangkanlah kalau kita mencarut kutuk – kutuk kawan kita or someone else kat alam maya, benda tu akan jadi kekal untuk selamanya. Makin banyak tersebar dan share maklumat, makin banyak fitnah yang akan terjadi dan banyak jugak dosa yang kita dapat. Nauzubillah. Gentle reminder for myself too, sebab selalu jugak update bukan – bukan kat twitter tu, lepas geram lah apa –apa lah. hmm.


Untuk makluman korang la kan, masa kita mencapai tahap kesedaran yang betul - betul memuaskan, setiap perkara yang tertulis kat dalam otak kita akan berubah sepenuhnya menjadi naskhah hidup atau lebih kita faham sebagai diari hidup. Hinggalah satu ketika kita melalui suatu pengalaman yang baru, secara automatik sel – sel ingatan di akal kita mencari part naskah yang sesuai dan mengambil keputusan berdasarkan naskah yang telah disimpan. Dan last sekali, naskah perlulah di zahirkan seperti dengan berblogging agar tujuan hidup menjadi lebih jelas. Kalau takda naskah ni, perjalanan hidup kita akan jadi tidak terurus dan kelam kabut. Begitu jugak dengan kehidupan, naskah yang ada perlulah di susun di atur dan dirancang elok-elok. Pastikan setiap tujuan, kepentingan dan harapan disunting dan dipublishkan dalam kehidupan seharian dengan baik agar semua dapat manfaat yang sempurna. 

So gunalah medium berbloging ni sebagai tempat untuk menyebarkan ilmu dan maklumat yang bermanfaat bukanlah perkara yang melalaikan dan merosakkan. Blog jugak boleh jadi tempat untuk kita luahkan bakat yang terpendam macam berpuisi and tulis novel. Boleh jugak dapat income sampingan sikit kan.  

Hmm. Setakat ni je kot untuk harini. Kita sambung di lain hari dengan perkongsian yang lain pulak okay. Aku harap akan datang blog ni akan diisi dengan sesuatu yang lebih bermanfaat dan berguna untuk kita semua, heheh.

Selamat beristiqamah =)
                                                  
p/s: Kalau ada salah, tolong tegurkan 

Saturday 27 July 2013

BISMILLAH..

“Don't cry because it's over, smile because it happened.” 
― Dr. Seuss