Pages

Thursday, 26 September 2013

ERTI PERSAHABATAN


Pernahkah kita merenung dan memikirkan apa erti persahabatan.  Sahabat, kawan, rakan atau teman semuanya memberi maksud yang sama.  Alangkah beruntungnya kita andainya mempunyai seorang teman yang memahami kita. Sentiasa berdampingan dengan kita di waktu susah dan senang. Seorang teman yang hanya mengharapkan kejujuran dan keikhlasan sebagai seorang sahabat. Dan sekiranya kita berkawan di dalam kelompok yang ramai, tiada bias atau pilih kasih yang berlaku, seem impossible right?


Seorang teman sejati adalah teman yang tidak pernah membuat kita rasa kecewa, sentiasa berada disisi di saat kita memerlukan, sentiasa bersedia untuk  mendengar dan memberi jalan penyelesaian untuk kita. membantu dalam kesusahan dan tidak akan pernah berdalih.




Pada masa yang sama, apa kah kita mampu untuk menjadi teman sejati kepada mereka.  Adakah pernah kita membuat mereka rasa kecewa, dimanakah kita di saat mereka memerlukan kehadiran kita, pernahkah kita meluangkan masa kita untuk mendengar luahan dan cerita mereka.  Kadang-kadang kita asyik bercerita tentang diri kita hingga terlupa bahawa teman kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Semuanya berbalik dari diri kita sendiri.



Apa yang kita lalui demi teman kadang-kadang amat memenatkan dan menyakitkan. Tetapi itulah yang menjadikan persahabatan mempunyai nilai yang indah.  Persahabatan sering dihiasi dengan cubaan dan ujian. Tetapi persahabatan yang sejati mampu untuk menangani cubaan itu malah berkembang mekar bersama dengannya.

2 comments:

  1. dengan sahabat .. kita ketahui di mana kelemahan dalam perhubungan .. =)

    ReplyDelete
  2. di sini lah memori tercipta,, ukhuwah terbina dan melalui persahabatan kenangan tercoret,, selain keluarga,, sahabat tempat meluah rasa,, berkongsi cerita.. keep it up kimah.. good entry..:)

    ReplyDelete