Pages

Thursday, 19 September 2013

TIPS HADIR TEMUDUGA

Temuduga memang satu perkara dan situasi yang paling menakutkan tak kira bagi pelajar sekolah, universiti, dan juga mereka yang di alam pekerjaan. Tahu tak? 80 peratus daripada pencari kerja gagal semasa temuduga dijalankan. Gagal disini bukanlah disebabkan diorang tak layak, tetapi gagal meyakinkan penemu duga.

sumber pic: google
Kat sini nak kongsikan sedikit pengalaman dalam temuduga. Temuduga ini takda kaitan dengan mendapatkan pekerjaan, tetapi lebih kepada fresh student yang baru habis SPM dan juga Matrikulasi yang ingin menyambung pelajaran mereka. Walaupun tiada rezeki , tapi adalah sedikit perkongsian. Hehehe. Ada dua jenis temuduga yang pernah rasa sebelum ni, keduanya adalah selepas habis matrik. Temuduga first ialah untuk SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) and kedua ialah untuk sambung dalam bidang perguruan (UPSI). Tapi aku akan lebih beratkan kepada interview perguruan sebab tu yang paling terkesan dalam hidup aku.

Kebanyakan jenis temuduga mempunyai basic atau asas yang sama iaitu mempunyai penemuduga dan yang ditemuduga.

Sebelum temuduga:-

Berpakaian kemas


Pakai pakaian yang bersesuaian dengan jenis temuduga. Pastikan baju tak berkedut dan kemas terutama bagi yang nak interview jadi cikgu. Warna pakaian pun memainkan peranan yang penting. First impression dari kekemasan berpakaian tu sangat lah penting untuk menjadi contoh kepada anak – anak didik kita pada masa akan datang, kan? Atas nasihat daripada kakak aku masa tu, eloklah pakai blazer untuk tunjukkan karisma dan kebolehan diri sendiri. Tapi kebiasaannya, blazer hanya digunakan bagi mereka yang memohon pekerjaan yang berjawatan tingg

Jangan pakai wangian yang terlalu kuat


Wangian yang kuat dikhuatiri akan mengganggu konsentrasi penemuduga dan menghilangkan focus mereka. Kebiasaannya bilik untuk temuduga ni kecil saja. Kalau tak nak pakai wangi – wangian, cukuplah jika badan korang tak berbau.

Dokumen penting

belek sijil korang, dan adakah  relevan dengan kursus yang dipohon. Dinasihatkan supaya korang memohon kursus perguruan yang berkaitan dengan sijil yang korang ada. Contohnya, korang dalam bidang Perakaunan, tapi memohon kursus dalam bidang pendidikan jasmani. Sangat tak bersesuaian! Ramai calon gagal dalam temuduga disebabkan pemilihan kursus yang tidak sesuai ni. Jangan lupa bawa sijil yang lengkap semasa sesi temuduga nanti.

Sesi temuduga:-

Dalam sesi temuduga individu ini, calon akan dinilai secara individu. Calon akan dipanggil seorang demi seorang ke dalam bilik temuduga. Korang akan berhadapan dengan 2 atau lebih calon penemuduga yang akan menggasak dengan soalan-soalan killer. Lebih killer dari add math.
soalan paling famous, paling mudah, tapi paling susah nak dijawab..

“ Mengapa Anda Ingin Menjadi Guru?”

Ramai calon gagal dalam sesi ini kerana gagal memberikan jawapan yang sepatutnya. Jawapan sepatutnya untuk menjadi guru adalah dengan menunjukkan yang korang benar-benar meminati bidang perguruan, dan bukannya kerana terpaksa (susah cari kerja lain ataupun nak kerja mudah). Tunjukkan kepada penemuduga tentang effort korang 100% ingin menjadi guru! Minat and kesungguhan  untuk menjadi guru dapat dinilai oleh panel penemuduga dengan hanya tengok mimic muka korang, cara bercakap, cara memberikan pandangan, gerak geri tubuh dan sebagainya. Jawapan untuk soalan ini bergantung kepada diri sendiri. Tak perlu menghafal mana-mana jawapan pun. Luahkan suara dalaman dan keikhlasan daripada hati. Kenapa ingin menjadi guru! Insyallah.

Bagi yang bertuah, korang akan disuruh mengajar di hadapan untuk melihat sejauh mana kebolehan korang dalam mengajar. Masa aku dulu tak bertuah, so tak berpeluang nak tunjuk skill mengajar. Kemahiran berbahasa inggeris pun akan ditemuduga, dan cuba dengan yakin walaupun bahasa inggeris kita salah. Keyakinan itu yang penting sebenarnya. Siapkan diri korang juga dengan pengetahuan am tentang Negara Malaysia dan bidang perguruan. Masa aku dulu, ayah aku sanggup karangkan esei dalam dua helai kertas A4 sebagai panduan untuk aku interview. Banyakkan bertanya pada mreka yang lebih berpengalaman. Malu bertanya sesat jalan, kan?

Selepas temuduga:-

Berserah dan bertawakal. Jangan terlalu yakin yang korang akan berjaya dalam temuduga ni walaupn keyakinan tu penting. Berserah seadanya dan yakin yang korang dah lakukan yang terbaik dan sewajarnya. Janganlah menyesal untuk mencuba lagi kalau gagal. Rezeki yang Allah bagi untuk umatnya adalah berbeza, dari segi masa dan kuantitinya juga. Gagal sekarang tak bermakna gagal selamanya. Usaha dah dilakukan, jadi langkah terakhir adalah berdoa dan bertawakal.

Selamat mencuba J


7 comments:

  1. Betul. .Apa yang penting keyakinan dan kebolehan berkomunikasi. .tidak mengapa jika gagal temuduga tapi kamu masih memiliki pengalaman istimewa semasa temuduga yang tidak dimiliki orang lain

    ReplyDelete
  2. sya juga sokong tips nie...bkn pa sya pon ada pengalaman pg tmudaga nie...tp xdpt...mungkin sya nie kurang berkeyakinan masa tu dan sya ni kurang tau pasal isu semasa...tips nie sgt berguna...sya akan cuba,,mudah-mudahan dipermudahkan...tq atas maklumat ini...harap awk boleh bagi tips2 yg lain yg menarik lagi...

    ReplyDelete
  3. btl2..sy pn pnh byk kali temuduga dlu..bila da byk kali pegi temuduga bru kita akn tau mcm mne sbnrnye temuduga tu dijlnkn.kne yakin dgn diri dn cre berckp sbb tu yg penemuduga akn tgk.

    ReplyDelete
  4. bagus tips nie.. sangat berguna bagi mereka-mereka yang ingin pergi temuduga kerana pada waktu temuduga ini lah kita harus mempamerkan personaliti kita yang mampu meyakinkan pihak penemuduga.. time kasih atas info yang berguna..

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang menarik,,org selalu ambx ringan pasal etika semasa temuduga...waktu temuduga keyakinan perlu da,,,bawulah owg akan yakin dengan kebolehan yang ada pada kita...

    ReplyDelete
  6. Hakimah, sngt suweet ats prkongsian nie... melalui pekongsian nie, dpt kita tahu kpntingan komunikasi sngt mempengaruhi dlam proses temuduga.. terima kasih, ats prkongsian, smoga ia brmanfaat pda kita semua.. chaiyok3

    ReplyDelete
  7. ALHAMDULILAH..terima kasih hakimah atas perkongsian,,sekarang nie orang bile nk temuduge jea biase2 jea,pdhal bnyk etika yang perlu kite tahu semasa nk hadirkn diri dalam temuduga...terime kasih perkongsian ini.

    ReplyDelete