Pages

Monday, 23 September 2013

RAHSIA AZAN






‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!, Ashadu an la ilaha illalah, Ashadu an la ilaha ilallah!, Ashadu anna Muhammadar Rasulullah, Ashadu anna Muhammadar Rasulullah,  Hayya'ala-s solah, Hayya'ala-s-solah!,Hayya' alal-falah!, Hayya' ala falah!, Allahu Akhbar, Allahu akhbar!, La ilahaillaallah!’

sumber pic: google
Dengarlah azan itu sambil pejamkan mata dan kunci rapat mulut kita supaya tidak ada satu perkataan yang keluar. Rasakan apa kesannya. Bukankah seruan suci itu terasa seperti terus menikam ke jantung. Azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah.

Antaranya kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Dia seorang diri dihanyutkan ombak besar. Ketika itu dia teringat pesanan ibunya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Selepas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah bandar Aceh.

sumber pic: google
Bila menyentuh soal azan kebanyakan orang hanya tahu dua perkara iaitu azan adalah seruan penanda masuk waktu solat dan untuk bayi baru lahir. Seorang bayi yang baru dilahirkan diazankan untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah. Tujuannya supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah.

Azan yang dilaungkan oleh muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah sedangkan gelombang dunia tinggi. Jadi azan menstabilkan balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni. Andainya suatu masa nanti tidak ada lagi azan dilaungkan maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam macam akan berlaku.

Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang dikelilingi pokok, kita akan merasa tenang. Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang stress.

5 comments:

  1. - azan itu satu benteng pertahanan umat islam daripada di cerobohi oleh-oleh dajal2x... dan dalam hadis juga mengatakan bahawa, jika mendengar azan, janganlah baring, nanti jasadnya berat semasa meninggal. masyaALLAH... blog ini mempunyai perkongsian dari segi perspektif rohani, alhamdulillah-

    ReplyDelete
  2. -sesungguhnya azan adalah kalimah yg paling tenang apabila dialunkan-
    -kdg rasa sedih ada juga segelintir msyrkt yg bOleh main2 dgn kalimh azan ini-

    ReplyDelete
  3. masyarakat kini selalu mengabaikan laungan azan..mereka lebih banyak melakukan perkara lain sewaktu azan dilaungkan..sesungguhnya laungan azan adalah satu seruan memuji kebesaran Ilahi...Allahu Akbar...perkongsian yang menarik...=)

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya, azan mengandungi kata-kata mengagung-agungkan Allah, kalimah syahadah diikuti dengan ajakan beribadah dan kejayaan serta kata-kata mengagung-agungkan Allah. Rasulullah juga menyatakan bahawa doa yang dipohon antara azan dan iqamah tidak akan ditolak oleh Allah.

    ReplyDelete
  5. benar,, tiada kata - kata bait - bait indah melainkan azan,, sebab itu azan tidak pernah berhenti di dunia ini.. entry yang bagus kimah..:)

    ReplyDelete